Hai uollss, kita bertemu lagi dalam sesi review meriew, so sebelum ni iolll ada buat posting tentang review masker muka yang ioll beli kan -----> Masker Muka Untuk Flawless Macam Korea So, kalau uoll baca link ni dekat situ ioll share la i beli selambak ye masker muka dengan harapan muka glow-glow bak Korea agituhh. Jadi ioll pun dengan excitednya lepas beli tu nak try la pakai selama seminggu demi kecantikan yang abadi kata kau haha.
Jadi selepas seminggu, ioll rasa memang memberikan kesan terutama kulit pagi-pagi rasa sangat licin dan lembut betol. Lepas tu, pori-pori pula of koz mengecil dan suprisingly parut-parut pun kian pudar okey. I impress i ingat parut jerawat macam tak ada kesan rupanya boleh pudar (parut yang lite-lite lah bukan yang ketara). I rasa bagi sesiapa yang nak kawin ke, or nak pegi audition jadi pelakon ker, or nak pergi blind date tiberrr haruss ye pakai masker muka ni seminggu sebelum and uoll akan rasa sendiri perubahan dekat muka uolsss.
Kondisi kulit muka oklah kan, walaupun bersukan tetap berseri cewah puji diri sendiri (tak edit ye gambar ni fresh from oven tau). Sila abaikan eyes-bag ioll yang seguni tu ye. Jadi, kulit muka ioll still ada parut yang samar-samar bayangan yang masih dalam proses nak kena hilangkan. So, ioll akan teruskan pakai masker muka ni sampai habis (banyak ye i beli selonggok dekat lazada haha). Tapi kena rajinlah pakai, sebelum tidur tu pakai around 20-30 minit macam tu, lepas pakai no need basuh, terus je masuk tidur. Pagi esok memang vasss kulit muka uollss tau.
Jenama apa pun okey je kot sebab iol kulit tak la sensitip sangat (kulit buayakah?), setakat ni pakai apa-apa pun masker OKEY je, tapi kalau uoll rasa macam was-was je nak beli dekat lazada boleh la beli dekat watson or guardian ke kan cuma ye lah agak mahal la masker tu. Actually pakai face mask ni pun macam satu terapi juga, sesambil bukan bauan aroma terapi, pasang lagu-lagu jazz wahh feeling betol dan duduk dalam samar-samar lampu ala-ala dekat spa so boleh help redakan stress seharian kerja ke, gaduh dengan laki ke, kucing mati ker dan sebagainya hehe.
Apa-apapun selamat mencuba, kalau uoll ada specific brand yang nak ioll try bole la suggest dekat komen, ioll pun baru lagi berjinak dalam dunia masker muka ni. yela boys pun nak juga peloles macam awak-awak tu. nak pergi laser mahal pulak, jadi kita ber masker je pun boleh jua. XOXO.
*
Review : Pengalaman Dermapen
Comments
Post a Comment