Skip to main content

6 TEMPAT MENARIK DI KUANTAN YANG WAJIB LAWATI

Hai uolsss, okey bagi orang yang tak tahu, iolls ni memang asal pure Kuantan. Sejak lahir until sekarang memang duduk dan menetap di Kuantan expect time blajaq la haha. So, hari ni iolls nak share tempat-tempat menarik yang ada di Kuantan ni. Basically tempat-tempat ni iolls akan selalu bawa pergi dekat kawan-kawan dari negeri lain yang nak datang Kuantan untuk merasai keindahan my Home Town Kuantan ni. Hey, Kuantan ni memang best ! its a perfect place untuk uollss hilangkan stress seharian kerja tu kan. kalau uolls nak datang sehari or sabtu ahad pun okey sebab semua tempat yang iolls nak share ni berdekatan sajorr and very convenient tau !!

Bagi iolss as orang Kuantan, tempat ni antara spot wajib lah yang uolls perlu cuba and try, actually Kuantan ada banyak sangat tempat menarik but apa yang iolls share ni hanya small portion dan amat bersesuaian untuk someone yang plan untuk datang bercuti  short period of times. Kira kalau untuk short escape YESSS.. Kuantan is the one !!! so jum iolls share kan.

1. AIR TERJUN SUNGAI PANDAN

Oh gosh, uolss wajib ye datang air terjun ni, this is the one of the best so far. Air terjun dia sangat cantik dengan banyak sangat layer batuan yang mempersonakan ditambah air yang kebiruan dan jernih memang mengujakan mata yang melihat. 



Cantik kan views memang meletoppp. bayaran masuk bagi dewasa Rm2 sahaja dan kanak-kanak Rm1 dan bayaran Parking Rm3. Jika uolls bukan pemegang my kad bayaran Rm5 untuk dewasa dan Rm3 untuk kanak-kanak. Air terjun ni juga bukak setiap hari kecuali Jumaat daripada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Air terjun ni lokasi dia di antara Kuantan dan Sungai Lembing, So, kalau daripada Kuantan lebih kurang 30 min je drive dekat sajorrr.

Actually, bila uolls dah parking, uollss kene melalui dua jambatan gantung tau nak sampai ke air terjun tu, my gossshh so letop jambatan gantung tu, geranddddd...yelah dengan berpaksikan views air terjun daripada jambatan tu memang mesmerizing. Setiap kali ioll bawa kawan-kawan dari luar datang sini semua memang nak datang balik dan tak puassss. Tapi i sarankan datang time weekdays lah kurang orang dan syok, weekend nant ramai payah nak posing amik gambaqqq.. Hehe. 

2. RESTORAN HOI YIN

Okey, kalau tanya je orang Kuantan iolls sure semua akan tahu restoran ni. Actually ni adalah restoran Cina tapi jangan risau ianya Halal okey dan dah sangat lama beroperasi. Ramai giler selebriti dan rancangan food travel international dah buat pengambaran dekat Hoi Yin ni macam 'Best in The World'. So memang dah terbukti la kesedapannya.

Hoi Yin ni specialty dia mee kari, my gosssh mee kari dia memang uollss akan termimpi-mimpi ye nak lagi sumpah i tak tipu. Kalau ai bawak kawan i dari KL datang diorang semua terkejut sebab sedap sangat and you guys know what diorang sanggup datang lagi next weeknye semata-mata nak makan mee kari Hoi Yin, memang sedap wehhh !! Selain mee kari ada juga menu lain macam mee kicap dan lain-lain uollss boleh try tapi mainly berasaskan mee lah. Mee kari ni juga dihidang dengan dua jenis sambal or sos macam tu which is cuka masam manis or belacan, dua-dua memang sedap wehhhh i is cannot bak kata kak lina pom pom terus back to the future kalau makan hahahha. Okeyyy now terus rasa nak pergi makan Hoi Yin lepas tulis ni aaaa kecurr da air liuqqqq.

Kedai makan Hoi Yin ni biasa je, uoll akan dapat vibes 90 an sebab banyak barang-barang antik dan kedai dia pun dah agak lama, so uolls akan rasa nostalgic la dekat situ. Kalau nak pergi uoll boleh waze sajer nama kedai ni, ianya berdekatan dengan Teluk Cempedak dan around 15 minit macam tu lah kalau dari bandar. Hoi Yin ni buka pagi sampai petang je, dan orang akan datang pagi-pagi lah untuk breakfast dekat sini. Kalau uolss lambat je sikit memang beratur panjang la jawabnya sebab tak ada meja. Yelah, bukan Chinese je serbu kedai ni segala etnik dan bangsa lah turut serbu sebab sure sedapppp.. Rasa dia tak terlalu pedas, lemak-lemak dan menyengattt !!!! fuhhhhh.

3. TELUK CEMPEDAK

Siapalah tak kenal dan tak tahu Teluk Cempedak or orang panggil TC. TC ni pun one of the best spot untuk uoll datang malam-malam dan dapatkan sea breaze. kalau nak lagi feeling boleh duduk dekat Kafe Loteng, then naik ke tingkat atas. Dia open air so sangat lawa the views nampak laut etc dari situ. TC ni juga ada macam-macam tempat makan sambil-sambil uollss mencari ketenagan macam tadi i cakap ada Loteng, ada Starbucks, Mcd, KFC dan macam-macam lagi lah.



Pantai TC ni memang cantik, smooth je pasir dia, kalau datang malam memang syahdu sangat rasa macam dekat luar negara pun ada. Kalau datang petang pula uolls boleh naik jambatan kayu menyusuri pantai TC ni memang gerand tau. kalau buat shooting gambar wedding ke memang meletopsss. Selain tu juga dekat TC ni ada juga tempat yang buka khemah-khemah untuk jualan all macam baju, cenderamata semualah. Kira TC ni memang perfect place untuk tourist sebab dia ada segalanya dekat sini plus views laut dan pantai yang sangat bersih dan cantik !!!! kalau drive daripada bandar Kuantan around 15 minit je dah boleh sampai, dekat jer....Ohh rasa nak pergi TC je hirup bau laut. !!!!

4. AKAR KOPI

Okey, kepada coffee lover, sureee 100% uolss wajib datang akar kopi ni. Malangnya, ioll tak boleh minum kopi disebabkan beberapa faktor, tapi takpe iolls still bawa all my friends yang suka kopi ni. Diorang really enjoy and love it tau !! Selain daripada tu, tempat dia very the cantik dan strategik. Terletak berhampiran masjid besar Kuantan dan dia macam kafe hipster-hipster versi open air gitu. Boleh minum sambil chit chat dengan kawan-kawan memang letop.

So uollsss yang dah bosan dengan kafe hipster yang dah berlambak tu, boleh try this one sebab konsep dia open air gitu. Oh ya, di sini hanya serve KOPI jer okey, kalau uollss tak minum coffee boleh la minum air tin jerrrr. Haha. makanan pun ada uolls kene datang sini la tengok dan rasa sendiri pengalaman di akar kopi ni. Review kawan-kawang iollss diorang suka dan memang nak datang lagi kalau nak cari KOPIII !!!!! jangan tanya ioll rasa dia, ioll tak boleh minum kopi naaaaa..

5. KULA CAKES

Sape tak tahu KULA CAKESSSSSSSS, ai rasa semua orang tahu so no need for me to explain panjang-panjang la kan except uolls akan beratur panjang di kala weekend or public holiday kalau nak beli cakes dekat sini. hahaha. Dari segi rasa memang tak dapat nafi memang sedaplah kan sebab tu dia viral dan very the popular. Cakes dia ada macam-macam variety tapi rata-rata cakap mango cheese dia yang paling sedap yang pernah rasa gituuhhh...memang sedap uollsss. cakes lain pun sedap juga macam red velvet yang selalu je habis time iolss nakkk sedihh or pavlova dia pun ioll loveeeee. Tempat dia pun very the cantik kalau uolss nak bergambar dan Kula Cake ni terletak betul-betul dia tengah bandar Kuantan tu.

Oh parking dia agak susah sikit lah, sebab kedai dia seberang jalan besar, tapi who cares people sanggup je parking jauh demi kek daripada Kula Cakes ni hehe. Lagi satu kepada yang datang jauh-jauh takut kek cair ke apa dont worry, pekerja dia akan tanya uolls whether cake ni akan dibawa jauh ke tak dan dia akan wrap kek tu sehabis baik !!! so tak jadi masalahhhh. 

6. TAMAN KERANG

Taman kerang ni seronok tau time malam-malam kalau datang sebab dia ada car boot sale macam tu lah konsepnya sebab ada jual pelbagai benda contohnya jual makanan, baju, kosmetik dan macam-macam lagi. Kira macam pasar malam lah dan apa yang bestnya dia betol-betol di hadapan masjid negeri Pahang. Masjid Negeri ni pula mashaAllah cantik wehhhh.. mempersonakan so boleh la uollss solat dekat sini dan lepas solat semua boleh food hunt dan cuci mata dekat taman kerang ni dan jalan-jalan sebab meriah uollss dan makanan dia sedap-sedap tau.


Jadi, ni antara aktivi yang uolls boleh buat dan pergi dalam masa sehari dua kalau datang ke Kuantan. paling utama penggunaan bajet dan kos yang amat minimalis tapi tempat yang uolls pergi memang menarik dan best !! So ioll dah share dari breakfast sampai ke malam dalam sehari apa yang uollss boleh buat jadiii apa tunggu lagi moh la datang sini sure tak mengecewakan. Takut stress jalan Jem?? jangan risau Kuantan bandar lestari yang tak jem pun hehehe.

Kalau uolls ada cadangan tempat menarik lain, uolls boleh komen tau dekat bawah ni. Jangan lupa share kalau rasa memberi manafaat. kamsahamnida. Thank You. Terima Kasih. XOXO.



Comments

Popular posts from this blog

REVIEW : RAWATAN LASER MUKA (CARBON LASER PEEL TREATMENT)

Assalam, hai chuollll, ha lama juge x update blog sebabkan banyak keje huhu. so korang macam mana life? ok x? sihat ? harap semua baik-baik belaka ok. so actually today im gonna story and share pengalaman iolll pergi melaser muka iolll ni disebabkan ada parut dan masalah pigmentasi dekat muka. So iolll pon pergilah servey klinik estetik area rumah i, so servey punye servey jumpa lah Medispa Estetika. actually Medispa Estetika ni byk je cawangan dia satu Malaysia so uoll bole la pergi google and search. But for me di Medispa ni rating harga dia paling affordable la and also  rawatan yg diberi pon so best, staff all friendly tau !!! Ok sambung cerita, i ni actually masalah jerawat xda la teruk cuma scar tu susa beno nk hilang, macam2 ubat dah telan and sapu kat muka tapi idop juga berkesan, so i feel x konfiden tau bila nk jmpe org etc. So for me i rasa rawatan carbon peel ni bersesuaian juga dengan i sebab i pon ada masalah pore besar dan tona kulit x sekata. TIME RAWATAN

REVIEW : RAWATAN MUKA DERMAPEN

Contoh Rawatan Dermapen Hai uolsss ok, hari ni iolss nk share la sikit tentang rawatan muka yg iolss buat tempoh hari yg diberi nama Dermapen gittew... dengar nama pon dah ngilu dik oi tibahh....ok disebabkan muka ioll ni ada byk kesan parut jerawat and dah lama x buat treatment muka so ioll pon g je la buat apoitment dekat klinik estetik and amik rawatan dermapen ni. So actually dermapen ni dia mcm sebentuk pen eletronik yang ada byk jarum2 halus and rollling di sekitar muka uolsss...tujuan dia nk lukakan muka uoll supaya collagen bergerak dengan membaiki struktur kulit yang rosak and boom kulit baru yg lebih sihat pon muncul gituuusss. So antara lain kebaikan dermapen ni ialah : -MENGHILANGKAN PARUT BERLUBANG -MENGURANGKAN JERAGAT DAN KEDUTAN -MENGHASILKAN SEL KULIT BARU -MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT MUDA -MENGHALUSKAN LIANG ROMA KASAR DAN TERBUKA -MENGHASILKAN KOLAGEN KULIT -MEMBUANG SEL KULIT MATI -MELANCARKAN PEREDARAN DARAH DALAM KULIT -MENCERAHKAN KULIT

PENGALAMAN INTERVIEW KERAJAAN 2020 (SPA)

Hi, uols kita bersua lagi, so hari ni i nak share pengalaman i temuduga penjawat awam pulak buat julung kalinya, iyeee first time tau kita dapat temuduga kerajaan ni, tapi untuk jawatan apa, jawatan PEGAWAI PENERANGAN S41, di Jabatan Penerangan Malaysia. Jabatan Penerangan ni actually di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia so secara amnya banyak lebih kepada menjadi lidah kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam. Gituu dah buat research sikit. PROSES PEMILIHAN Okey i rasa semua dah tahu first step dia selepas apply dalam SPA ialah akan ada panggilan untuk jawab exam online. So exam online ni ada 3 bahagian or seksyen, pertama adalah seksyen A di mana kita akan diuji dengan pengetahuan am so kena banyak lah baca perkara-perkara related dengan pegawai penerangan ni dari A-Z, kena study la seminggu awal gituuu, so lepas seksyen A akan ada seksyen B yang mana kita akan diuji pula dengan daya menyelesaikan masalah, so ni soalan matematik kau, i dah la sendu matematik,