Skip to main content

REVIEW : RAWATAN MUKA DERMAPEN

Contoh Rawatan Dermapen

Hai uolsss ok, hari ni iolss nk share la sikit tentang rawatan muka yg iolss buat tempoh hari yg diberi nama Dermapen gittew... dengar nama pon dah ngilu dik oi tibahh....ok disebabkan muka ioll ni ada byk kesan parut jerawat and dah lama x buat treatment muka so ioll pon g je la buat apoitment dekat klinik estetik and amik rawatan dermapen ni.

So actually dermapen ni dia mcm sebentuk pen eletronik yang ada byk jarum2 halus and rollling di sekitar muka uolsss...tujuan dia nk lukakan muka uoll supaya collagen bergerak dengan membaiki struktur kulit yang rosak and boom kulit baru yg lebih sihat pon muncul gituuusss.

So antara lain kebaikan dermapen ni ialah :

-MENGHILANGKAN PARUT BERLUBANG

-MENGURANGKAN JERAGAT DAN KEDUTAN

-MENGHASILKAN SEL KULIT BARU

-MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT MUDA

-MENGHALUSKAN LIANG ROMA KASAR DAN TERBUKA

-MENGHASILKAN KOLAGEN KULIT

-MEMBUANG SEL KULIT MATI

-MELANCARKAN PEREDARAN DARAH DALAM KULIT

-MENCERAHKAN KULIT

-MENGURANGKAN LINKARAN GELAP BAWAH MATA 




Jarum Dermapen (Sumber :Google)

Haaa, mcm gambar ni la pen ittew,, so dia akan rolling serata muka uolsss,, and nampak x jarum2 tu,,, so jarum tu akan menusuk ke kalbu,,, eh salah menusuk ke dalam muka uollsss....haa ngeri x? sakit x? ok sabaqq ni ceq share camne prosedur rawatan dia na...sabar sat..


PROCEDURE



Gitu feefiling padahal nebess.

Ok prosedur dia simple sajorr,,,memula Dr akan cek kondisi muka uoll mcm mana,, dia akan beri penerangan ttg skin and penjagaan after treatment ni,,,then uoll kene sign borang setuju..dah siap2 semua tu,,,dia akan bawa u masuk bilik rawatan....first dia akan cuci muka uollll...and scrabing bagi betol2 clear...after cuci and keringkan semua tu...dia akan letakkan ubat kebas kat muka uolll around 20-30 minit.



ha ni time kene isi ubat kebas, mmg xda rasa apa weh muka...rasa  kejung je muka..kalau toreh pon xda rasa apa muakakak...rasa nk je bawak balik sikit ubat ni nant kalau sakit gigi ke apa ke bole letak (kekdah nk letak dalam mulut hahahhaha)...tapi i teruja la dengan ubat kebas ni yg bole mengebaskan muka i yg mcm kulit buaya ni tibahhh...then after 20-30 min Dr pon cuci ubat kebas kt muka which i x rasa pape pon sbb muka da kejung....then start la operasi rolling kan dermapen tu kt muka...skala sakit 1-10 i bagi emmm 1 je kot..haha mmg x sakit langsung....ye TAK SAKIT sbb dah letak ubat kebas tu kan.

Kalau dlu i buat carbon peel (uoll bole baca kt post sebelom2 ni), tu lagi sakit....DERMAPEN ni nadahhhh...x sakit uolll....sbb ada ubat kebas...kalau xda tu mmg menagis i rasa sbb mmg kuar darah2 uoll tau masa tgh roll tu, ye lah jarum kot masuk kt muka u rasa hahhaha....so sementara roll tu,, Dr letakkan vit c skali...so roll dengan vit c...masa roll tu kan dia cucuk jarum dlm muka so lagi senang vit c tu trus absorb dalam muka u gitteww....


Then da siap tu, Dr letakkan skali lagi Vit C dekat muka with mesin ni ha...for about 20 min ....i x tau kenapa lampu dia oren muakaka...so after 20 min tadaa siap...muka uoll akan nampak kemerahan tau ye lah jarum cucuk kan and bila ubat kebas hilang rasa,,,ok muka mula rasa perit and pedih sikit la...so Dr suggest jangan cuci muka for 3 days and duduk dalam rumah diam diam is better...gitteww oh ya mesti korang tertanya klinik manakan and harga..ala uoll pergi je memana klinik estetik komfirm ada rawatan ni..harga plak ni i g time promosi tibahhh so murah je la kalau x hmmm....so tu je la nk tunjuk muka seminggu kemudian sbb baru je buat kan kikikiki...tapi lau ada pape soalan boleh komen di bawah nant iolls reply ok..Sehingga ketemu lagi..XOXO,,babai !!


* Guys kalau korang tak nak buat dermapen ni, and nak save budget uoll guna satu bahan ni je buat sendiri dekat rumah senang je kompemmm parut ilang -------> Bahan Rahsia Hilangkan Parut

* kalau korang pergi watson/guardian beli product rm6 ni sure peloles i dah guna uollsss -----> RM6, Terus Peloles !

* kalau semua di atas uolll malas, pergi je laser, bayar je terus letop lepas tu, i go laser memang puas hati -------> Rawatan Laser Muka

* Kalau nak maintain muka glow2 ala2 oppa or noona Korea pakai masker muka beb ----> Flawless Persis Pelakon Korea

* kalau nak tau semua pasal beauty and skincare boleh baca link ni, semua i share tulus ikhlas gitu, from pengalaman iolll, and produk murah je beli dekat watson je banyak tiber --------> Rahsia Kejelitaanku Cehhh

* oh lupa, actually hari tu saje nak share, i ada terjumpa anak jin, i dont know lah jin ke setan ke, tapi seram dah la sorang-sorang ---------> Jin Ajak Main

* Ni i nak kene rogol uolll sedih betol hidop -----> Saya Kena Rxgol?

Comments

  1. Hai... Kalau bertudung bole apply ke??? Tolong jawab ye.. Thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole wak, saya pon nyaris bertudung masa buat.kikiki

      Delete
  2. Berapa lama ya parut jerawat tu akan hilang.berapa bulan¿ sebab muka aku ni dah macam shial ashik kena keji je������ bikin baik pun still kena keji sebab muka punya pasal������...tolong la reply nak tahu sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau parut dalam lama skit la kene fews treatment jugak baru hilang... mcm kalau parut sikit2 tu skali dua buat da hilang... mcm sy skg guna kulit kayu manis je ada saya share dkt blog ni jugak.... jgn down uollss muka tu nant akan elok punye just saba ok !!!!

      Delete
    2. Dermapen ni..sya pun pernah buat...muka memang kasar habis sebelum ni...pore tbuka..parut pushiang sna sni..lekuk..pipi xrata huhu..nangis sat😢...now treatmnt ke 5...parut yg dlm2 tu stil ada..tp condition skin smkin elok...nak jimat..leh try medispa estetika...pakej drg murah & sllu promo...mampu la tuk rakyat marhaen mcm sya ni..nak laser2 kononnyer🤣...klu tahu ada hrga cmnj...da lma buat dlu

      Delete
  3. Yang simbol tanda soal tu emoji sad,tak tahu plak diye naik macam tu.Entah lah kadang2 rase depression giler,terfikir jugak seolah2 macam muka pecah sesuai jadi jahat je.☹:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. heiii jgn la begitu muka i pon pecah juaaa ni ha... xpe kita sama2 usaha gtuuu

      Delete
    2. Sy pernah buat yg laser tu.. effect dia slama smggu tu mcm laser jugak ke ? Muke mcm kne panggang , berbekas bekas jalur2 .. 😅 sy rse nak try dermapen ni.tp kalu effect lebih kurang mcm laser ..sy rse serikk 🤣

      Delete
    3. xda la few days je uolsss,,, go try goo

      Delete
  4. I dah buat 3x dermapen ni ,tp still xdapat result yang memuaskan sebab parut lubang. Maybe akan buat lagi sampai betol2 licin. Tp keluar duit sikit la 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau parut lubang better buat prp ke apatah nama dia yg letak darah sendiri kt muka tu.. i rasa maybe lagi better

      Delete
    2. eyda... maksud awak tak memuaskan tu xada kesan langsung ke? saya baru je bayar utk 6 sesi. adudududuu risau pula, muka sy berlubang teruk juga, umpama kawah bulan mengambang. hadoiii

      Delete
    3. Ok je tu wak.. pasti kulit licin nanti tapi kene tunggu seleps beberapa rawatan la hehe

      Delete
    4. prp n dermapen same elok Just prp cpt sikit to SAKIT GILERR SY DA BUAT TERANGKAT KAKI TAHAN sakit sgt...klu dlm scar kn 3-4 x pro dn mhl Dr dermapen..klu scar dlm 10 x ad prubhn YG jelas insya allah

      Delete
    5. Kita jenis x tahan sakit camnoo

      Delete
  5. Dermapen pun letak darah sendiri kat muka ye.ke ada byk jns rawatan.

    ReplyDelete
  6. boleh bagi detail after care treatment dia x? xleh cuci muka slama 3 hari tu maksudnya cuci muka guna sabun pencuci muka la kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kene matahari pastu jgn cuci muka jer..tu je gittuh

      Delete
    2. Jangan cuci muka dengan facial wash ke mmg tkboleh like nak ambil wuduk pun tkleh?

      Delete
    3. Boleh basuh muka guna air jek..slma 3hri

      Delete
  7. Blog yg bagus..
    Saya dah buat rawatan Dermapen..
    Dan HASILnya sgt MEMUASKAN

    cuma bezanya, saya buat treatment sendiri di rmh & lebih dr 10kali
    Beli Dermapen kat Lazada

    Anyway... lbh byk treatment,
    Lbh tebal lapisan parut terkupas..so, kulit yg baru akan muncul. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai boleh ajar tak cara nak buat sendiri tuh?

      Delete
    2. nk buat sendri. sb buat bnyk x da kn doc ongkos..12x Wat bru OK ni..blh x suggest dermapen jenis mn nk bli kt lazada?

      Delete
  8. Hii..sy ada appoitment dgn dokter 13hb ni hope sy dpt result yg memuaskan..doakan sy ye kawan2..muka x cantik pun takpe janji kulit muka sihat bebas parut..aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon Sama. Nk buat dermapen sb nk kulit sihat dgn bebas parut

      Delete
  9. hahaha best bca..i da wat bnyk x mmg bgus Just klu scar dlam tu kn buat 5-10 x be adkesan jelas gtuu

    ReplyDelete
  10. Sy pn pnh buat 4 kli treatment dermapen plus Dna..tp makin teruk ade lh kulit muka..jd bertompok hitam mcm jeragat kesan dr torehan 2..smpai skrg x hilg2..last bln 12 thn 2019 bt..

    ReplyDelete
  11. Adakah dermapen boleh buat sebulan 2-3 kali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je rasa, tapi time buat tu biasa Dr akan bagi tau siap2 apa bole apa tak bole etc.

      Delete
  12. Ada pantang mkanan ke selpas rwtn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada pun wak, saya bedal je semua. cuma duduk indoor je la

      Delete
  13. Lepas buat tu muka mesti merah merah kan. And berapa lama dia recover balik mcm biasa ya seminggu ? Or dua minggu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : RAWATAN LASER MUKA (CARBON LASER PEEL TREATMENT)

Assalam, hai chuollll, ha lama juge x update blog sebabkan banyak keje huhu. so korang macam mana life? ok x? sihat ? harap semua baik-baik belaka ok. so actually today im gonna story and share pengalaman iolll pergi melaser muka iolll ni disebabkan ada parut dan masalah pigmentasi dekat muka. So iolll pon pergilah servey klinik estetik area rumah i, so servey punye servey jumpa lah Medispa Estetika. actually Medispa Estetika ni byk je cawangan dia satu Malaysia so uoll bole la pergi google and search. But for me di Medispa ni rating harga dia paling affordable la and also  rawatan yg diberi pon so best, staff all friendly tau !!! Ok sambung cerita, i ni actually masalah jerawat xda la teruk cuma scar tu susa beno nk hilang, macam2 ubat dah telan and sapu kat muka tapi idop juga berkesan, so i feel x konfiden tau bila nk jmpe org etc. So for me i rasa rawatan carbon peel ni bersesuaian juga dengan i sebab i pon ada masalah pore besar dan tona kulit x sekata. TIME RAWATAN

PENGALAMAN INTERVIEW KERAJAAN 2020 (SPA)

Hi, uols kita bersua lagi, so hari ni i nak share pengalaman i temuduga penjawat awam pulak buat julung kalinya, iyeee first time tau kita dapat temuduga kerajaan ni, tapi untuk jawatan apa, jawatan PEGAWAI PENERANGAN S41, di Jabatan Penerangan Malaysia. Jabatan Penerangan ni actually di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia so secara amnya banyak lebih kepada menjadi lidah kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam. Gituu dah buat research sikit. PROSES PEMILIHAN Okey i rasa semua dah tahu first step dia selepas apply dalam SPA ialah akan ada panggilan untuk jawab exam online. So exam online ni ada 3 bahagian or seksyen, pertama adalah seksyen A di mana kita akan diuji dengan pengetahuan am so kena banyak lah baca perkara-perkara related dengan pegawai penerangan ni dari A-Z, kena study la seminggu awal gituuu, so lepas seksyen A akan ada seksyen B yang mana kita akan diuji pula dengan daya menyelesaikan masalah, so ni soalan matematik kau, i dah la sendu matematik,