Skip to main content

MAKSUD STATUS TRACKING POS LAJU


Hari ni, ioll nak share kepada peminat-peminat, ceh..kepada uolll yang suka sangat beli barang online (online shopping) tu kan tapi tak tahu apa actually makna disebalik status pos laju tu. Haaa ni ioll share, sebab memang banyak proses yang akan dilakukan oleh pos laju or mana-mana courier sebelum uoll akan dapat barang tersebut. Jadi harap dapat bersabar ye haha.

1. ITEM POSTED OVER THE COUNTER

Maksudnya, barang uolls dan dihantar ke kaunter pos laju berhampiran barang yang uoll beli tu. So, uolll akan dapat bar code number or tracking number daripada sini nanti.

2. CONSIGMENT RECEIVED AND PROCESSED FROM POSTING OFFICE

Okey, ni bermaksud barang uoll tu dah berada di pejabat pos utama. So nanti pejabat pos tersebut akan rearranged dan agihkan kepada (Parcel Hub Pos Laju) ikut kawasan terdekat dengan uolll or agihkan ikut poskod yang uoll dah tulis dekat alamat tu.

3. ITEM PROCESSED

Parcel/Bungkusan or barang uollss sedang diprocess di bahagian pejabat pos atau cawangan pos laju berhampiran sebelum boleh mula buat perhantaran keluar gituuhh.

4. ITEM DISPATCHED OUT

Maksudnya, barang uoll dah dihantar keluar dan bakal  tiba di rumah uollss lah. Yang ni mesti paling excited kan nak menunggu depan pintu rumah je rasa haha.

5. CONGSIGMENT DISPATCH OUT FROM TRANSIT OFFICE

Okey, barang uolls tu sebelum ni berada di post office transit or maybe post office main dekat area daerah uolls so jangan risau kalau barang tak sampai sebab lepas ni baru diorang akan hantar ke cawangan post office berdekatan rumah uollss dan lepas tu barulah akan hantar ke rumah uolls pula, sabar naa, akan sampai jua barang tu,,,tungguuu...

6. ARRIVE AT DELIVERY FACILITY AT

Okey kalau nampak ayat ni, maknanya, bungkusan or barang uolls tu dah berada di cawangan pos laju paling dekat dengan rumah uollss. Lepas ni dah ready untuk hantar barang tu lah.

7. ITEM OUT FOR DELIVERY

Hooray, finally barang uoll dah keluar untuk dihantar ke depan rumah uollss. Pastikan alamat yang diberi betul ye dan juga make sure ada orang dekat rumah. Tapi basically pos laju akan call dulu tanya uoll dekat mana agituu..kalau uolls tak ada kat rumah nanti uoll akan dapat la surat yang menyatakan barang tersebut dah dihantar semula ke cawangan pos laju terdekat dan kena lah pergi ambil sendiri.

8. ITEM CAN BE COLLECTED AT

So ni maksudnya uolss maybe tak ada dekat rumah time pos laju nak hantar tu, or alamat uoll salah ke yang menyebabkan barang tersebut tak dapat ke tangan uolls. So, uoll boleh pergi ke cawangan pos laju berhampiran untuk tuntut barang uolls tu.

9. ITEM DELIVERED TO (NAMA)

Yeayyy, barang uolls dah selamat sampai la tu. kadang kalau uoll letak alamat office so barang tu akan sampai kepada kakak/abang yang menerima barang uoll tu la bagi pihak sebab tu dia akan keluar nama siapa yang ambil barang uoll tu supaya senang uoll nak pergi serang ehh nak pergi ambil haha.

10. UNSUCCESSFUL DELIVERY. PLEASE CONTACT 1 300 300 300. ADDRESS NOT AVAILABLE

Jangan gelabah, barang anda tersebut tidak dapat dihantar mungkin disebabkan salah alamat masa tulis tu dan sebagainya jadi barang anda tu macam sesat la tak jumpa cari rumah. Uolll call sahaja nombor tersebut untuk baiki apa masalah yang ada or just pergi je ke cawangan pejabat pos berhampiran untuk collect sendiri barang tu. Barang uoll tak hilangnya, jangan risau okeyyy. XOXO.

So, kalau uolls nak semak status barang uoll tu boleh tekan link ni dan masukkan nombor tracking uolll ------>Pos Laju Track and Trace

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW : RAWATAN LASER MUKA (CARBON LASER PEEL TREATMENT)

Assalam, hai chuollll, ha lama juge x update blog sebabkan banyak keje huhu. so korang macam mana life? ok x? sihat ? harap semua baik-baik belaka ok. so actually today im gonna story and share pengalaman iolll pergi melaser muka iolll ni disebabkan ada parut dan masalah pigmentasi dekat muka. So iolll pon pergilah servey klinik estetik area rumah i, so servey punye servey jumpa lah Medispa Estetika. actually Medispa Estetika ni byk je cawangan dia satu Malaysia so uoll bole la pergi google and search. But for me di Medispa ni rating harga dia paling affordable la and also  rawatan yg diberi pon so best, staff all friendly tau !!! Ok sambung cerita, i ni actually masalah jerawat xda la teruk cuma scar tu susa beno nk hilang, macam2 ubat dah telan and sapu kat muka tapi idop juga berkesan, so i feel x konfiden tau bila nk jmpe org etc. So for me i rasa rawatan carbon peel ni bersesuaian juga dengan i sebab i pon ada masalah pore besar dan tona kulit x sekata. TIME RAWATAN

REVIEW : RAWATAN MUKA DERMAPEN

Contoh Rawatan Dermapen Hai uolsss ok, hari ni iolss nk share la sikit tentang rawatan muka yg iolss buat tempoh hari yg diberi nama Dermapen gittew... dengar nama pon dah ngilu dik oi tibahh....ok disebabkan muka ioll ni ada byk kesan parut jerawat and dah lama x buat treatment muka so ioll pon g je la buat apoitment dekat klinik estetik and amik rawatan dermapen ni. So actually dermapen ni dia mcm sebentuk pen eletronik yang ada byk jarum2 halus and rollling di sekitar muka uolsss...tujuan dia nk lukakan muka uoll supaya collagen bergerak dengan membaiki struktur kulit yang rosak and boom kulit baru yg lebih sihat pon muncul gituuusss. So antara lain kebaikan dermapen ni ialah : -MENGHILANGKAN PARUT BERLUBANG -MENGURANGKAN JERAGAT DAN KEDUTAN -MENGHASILKAN SEL KULIT BARU -MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT MUDA -MENGHALUSKAN LIANG ROMA KASAR DAN TERBUKA -MENGHASILKAN KOLAGEN KULIT -MEMBUANG SEL KULIT MATI -MELANCARKAN PEREDARAN DARAH DALAM KULIT -MENCERAHKAN KULIT

PENGALAMAN INTERVIEW KERAJAAN 2020 (SPA)

Hi, uols kita bersua lagi, so hari ni i nak share pengalaman i temuduga penjawat awam pulak buat julung kalinya, iyeee first time tau kita dapat temuduga kerajaan ni, tapi untuk jawatan apa, jawatan PEGAWAI PENERANGAN S41, di Jabatan Penerangan Malaysia. Jabatan Penerangan ni actually di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia so secara amnya banyak lebih kepada menjadi lidah kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam. Gituu dah buat research sikit. PROSES PEMILIHAN Okey i rasa semua dah tahu first step dia selepas apply dalam SPA ialah akan ada panggilan untuk jawab exam online. So exam online ni ada 3 bahagian or seksyen, pertama adalah seksyen A di mana kita akan diuji dengan pengetahuan am so kena banyak lah baca perkara-perkara related dengan pegawai penerangan ni dari A-Z, kena study la seminggu awal gituuu, so lepas seksyen A akan ada seksyen B yang mana kita akan diuji pula dengan daya menyelesaikan masalah, so ni soalan matematik kau, i dah la sendu matematik,