Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

PENGALAMAN BERKAWAN RAPAT DENGAN SELEBRITI MALAYSIA

  Sebagai pelajar komunikasi ioll percaya yang ada di dalam kalangan pelajar komunikasi ini merupakan selebriti dan juga personality. So, ioll nak ceritalah serba sedikit berkawan dengan selebriti ni as I agak rapat juga dengan beliau, hanging out bersama, makan and sometimes come to my place tuk lepak lepak. Which selebriti? I x nak share lah siapa sbb I takut privacy dia kan, tapi kalau siapa yang follow media sosial iolll I rasa maybe u tahu lah sape. So, best ke kawan dengan selebriti ni? For me I berkawan dengan ikhlas, I tak kisah u selebriti ke or org biasa ke I kawan je and anggap semua sama, plus I ni masuk air dan gila-gila maybe disebabkan tu senang nak join je memana kan. Tapi I quite rapat dan yaa we r a really good friend. Ramai yang cakap selebriti ni fake je dlm tv, dekat sosial media all fake, tapi bila I kenal my friend ni dia tak fake pun, same je, apa yang fans or netizen nampak dia di kaca TV macam tu lah dia in real life malah blur lagi ada. Then ramai cakap s

PENGALAMAN DAN SOALAN SEMASA TEMUDUGA PEGAWAI KERAJAAN (SPA)

Bahagian 1 ---->  TEMUDUGA KERAJAAN BAHAGIAN 1 Ok, sekarang I kongsikan bahagian dua apabila lepas dah buat pendaftaran all, so seperti biasa lah lepas buat pendaftaran tu kita akan duduk di ruangan yang disediakan sementara menunggu nombor giliran dipanggil, ala-ala macam dekat hospital gituu. Nombor giliran I yang kedua so nebes jua la. I datang awalkan so dapat la nombor awal tapi tetap jua kene menunggu gituu. Penjarakan sosial memang betul dijaga ye macam dalam gambar tu dan kalau lihat kosong lagi sebab baru 7.30 time ni ada dua orang je baru, nampak tak begitu punctualnye i cehhh hahahha. Lebih kurang 20 minit macam tu, nombor I pun dipanggil, so I pun keluarkan tesis I dari dalam beg untuk di bawa masuk ke dalam bilik temuduga tu sambil nak show off takutkan candidates lain ehh gurau haha. So nak masuk tu macam biasalah ketuk bilik dua kali bagi salam dan bukak. Then akan ada sebuah kerusi dan meja di hadapan anda, sebelum pergi ke kerusi tu, hantar dulu resume, sijil dan

PENGALAMAN INTERVIEW KERAJAAN 2020 (SPA)

Hi, uols kita bersua lagi, so hari ni i nak share pengalaman i temuduga penjawat awam pulak buat julung kalinya, iyeee first time tau kita dapat temuduga kerajaan ni, tapi untuk jawatan apa, jawatan PEGAWAI PENERANGAN S41, di Jabatan Penerangan Malaysia. Jabatan Penerangan ni actually di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia so secara amnya banyak lebih kepada menjadi lidah kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam. Gituu dah buat research sikit. PROSES PEMILIHAN Okey i rasa semua dah tahu first step dia selepas apply dalam SPA ialah akan ada panggilan untuk jawab exam online. So exam online ni ada 3 bahagian or seksyen, pertama adalah seksyen A di mana kita akan diuji dengan pengetahuan am so kena banyak lah baca perkara-perkara related dengan pegawai penerangan ni dari A-Z, kena study la seminggu awal gituuu, so lepas seksyen A akan ada seksyen B yang mana kita akan diuji pula dengan daya menyelesaikan masalah, so ni soalan matematik kau, i dah la sendu matematik,

REVIEW : 7 HARI PAKAI MASKER MUKA (FACE SHEET MASK)

Hai uollss, kita bertemu lagi dalam sesi review meriew, so sebelum ni iolll ada buat posting tentang review masker muka yang ioll beli kan ----->  Masker Muka Untuk Flawless Macam Korea  So, kalau uoll baca link ni dekat situ ioll share la i beli selambak ye masker muka dengan harapan muka glow-glow bak Korea agituhh. Jadi ioll pun dengan excitednya lepas beli tu nak try la pakai selama seminggu demi kecantikan yang abadi kata kau haha. Jadi selepas seminggu, ioll rasa memang memberikan kesan terutama kulit pagi-pagi rasa sangat licin dan lembut betol. Lepas tu, pori-pori pula of koz mengecil dan suprisingly parut-parut pun kian pudar okey. I impress i ingat parut jerawat macam tak ada kesan rupanya boleh pudar (parut yang lite-lite lah bukan yang ketara). I rasa bagi sesiapa yang nak kawin ke, or nak pegi audition jadi pelakon ker, or nak pergi blind date tiberrr haruss ye pakai masker muka ni seminggu sebelum and uoll akan rasa sendiri perubahan dekat muka uolsss. Kondisi kulit mu

KENALI APA ITU SAKIT MIGRAIN DAN PENGALAMAN SENDIRI

  Hi guys, so today ioll nak share info mengenai penyakit yang diberi nama MIGRAIN. Salah satu sebab ioll nak tulis pasal migrain ni disebabkan ioll pun pengidap migrain sejak dari sekolah menengah lagi. Ya Allah memang sakit wehhh rasa nak hantuk kepala dekat dinding kalau kena serangan migrain ni. Jadi, migrain ni bukan sakit kepada biasa, ianya adalah sejenis sakit kepala yang berulang dan kira-kira 1 daripada 4 wanita, dan 1 daripada 12 lelaki mengidap penyakit migrain ni. Gosh kiranya ioll dalam lingkungan 1/12 tu lah ayooo so unlucky. Basically migrain ni akan berterusan tau tapi akan mula kurang apabila mencapai usia 45 tahun ke atas. Migrain ni ada banyak jenis tapi paling umum ianya kita boleh bahagikan kepada dua jenis : 1) Migrain tanpa aura - maksud migrain tu datang terus tanpa sebarang tanda. 2) Migrain dengan aura - maksud migrain tu datang dengan tanda amaran iaitu aura dalam penglihatannya. Macam i memang penghidap migrain dengan aura, meaning ioll akan tah

MAKSUD STATUS TRACKING POS LAJU

Hari ni, ioll nak share kepada peminat-peminat, ceh..kepada uolll yang suka sangat beli barang online (online shopping) tu kan tapi tak tahu apa actually makna disebalik status pos laju tu. Haaa ni ioll share, sebab memang banyak proses yang akan dilakukan oleh pos laju or mana-mana courier sebelum uoll akan dapat barang tersebut. Jadi harap dapat bersabar ye haha. 1. ITEM POSTED OVER THE COUNTER Maksudnya, barang uolls dan dihantar ke kaunter pos laju berhampiran barang yang uoll beli tu. So, uolll akan dapat bar code number or tracking number daripada sini nanti. 2. CONSIGMENT RECEIVED AND PROCESSED FROM POSTING OFFICE Okey, ni bermaksud barang uoll tu dah berada di pejabat pos utama. So nanti pejabat pos tersebut akan rearranged dan agihkan kepada (Parcel Hub Pos Laju) ikut kawasan terdekat dengan uolll or agihkan ikut poskod yang uoll dah tulis dekat alamat tu. 3. ITEM PROCESSED Parcel/Bungkusan or barang uollss sedang diprocess di bahagian pejabat pos atau cawangan pos laju berham

6 TEMPAT MENARIK DI KUANTAN YANG WAJIB LAWATI

Hai uolsss, okey bagi orang yang tak tahu, iolls ni memang asal pure Kuantan. Sejak lahir until sekarang memang duduk dan menetap di Kuantan expect time blajaq la haha. So, hari ni iolls nak share tempat-tempat menarik yang ada di Kuantan ni. Basically tempat-tempat ni iolls akan selalu bawa pergi dekat kawan-kawan dari negeri lain yang nak datang Kuantan untuk merasai keindahan my Home Town Kuantan ni. Hey, Kuantan ni memang best ! its a perfect place untuk uollss hilangkan stress seharian kerja tu kan. kalau uolls nak datang sehari or sabtu ahad pun okey sebab semua tempat yang iolls nak share ni berdekatan sajorr and very convenient tau !! Bagi iolss as orang Kuantan, tempat ni antara spot wajib lah yang uolls perlu cuba and try, actually Kuantan ada banyak sangat tempat menarik but apa yang iolls share ni hanya small portion dan amat bersesuaian untuk someone yang plan untuk datang bercuti  short period of times. Kira kalau untuk short escape YESSS.. Kuantan is the one !!! so jum i

REVIEW : BAGUS KE RAWATAN LASER MUKA ?

  APA ITU RAWATAN LASER MUKA? So sebelum kita pergi lebih mendalam ceh, so apa itu rawatan laser dekat muka ni? jadi asasnya rawatan laser ni adalah salah satu cabang daripada rawatan kecantikan untuk merawat dan mengatasi masalah kulit terutamanya di muka lah macam kesan jerawat, pori-pori, jerawat itself, pigmentasi dan sebagainyalah. Oleh itu, beautician atau pun doktor akan menggunakan pancaran laser untuk menhancurkan lapisan kulit ataupun tempat yang bermasalah itu untuk mempercepatkan proses collagen untuk generate semula kulit baru macam tu lah. SAKIT KE LASER? Jawapan nya mudah je, nak cakap tak sakit langung tu propa lah, macam i pernah buat ada certain tempat dia letak krim kebas dan ada tempat tak letak. Kalau yang tak letak tu sakit sikit lah, sebab dia macam kita kene renjatan eletrik gitu kejap time dia pancarkan laser tu. Tapi tak ada lah sakit mana, sakit lite-lite jer. Nak cantik kan tahan sikit uollss. Kalau yang letak krim kebas tu sah-sah la tak sakit, i rasa hari