Ok guys so hari ni ioll nak review suncreen yang ai guna and suncreen ni memang ai suka dan tak tukar-tukar dah sebab best sangat for me lah.
But before that jum tahu apa beza 'Sunscreen' dengan 'Sunblock'. Secara asasnya 'Sunscreen' ni membantu kulit dalam menapis dan juga menyerap sinaran cahaya matahari yang berbahaya dengan menggunakan kombinasi bahan kimia yang ada dalam sunscreen tersebut. Manakala 'Sunblock' pula menghalang dan memantulkan kembali pancaran sinaran matahari yang terkena pada kulit kita. Gittew lah. So ada banyak actually sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit kita antaranya ialah sinaran ultraviolet (UV).
UVA - Sinaran UVA menembusi jauh ke dalam kulit berbanding UVB, dan ia bertanggungjawab dalam membuat kulit kita nampak lebih tua, kedutan, kulit kusam, pigmentasi dan sebagainya,
UVB - Bertanggungjawab dalam membuat kulit kita terbakar (Sunburn). Kalau rasa kulit sakit panas tu disebabkan UVB ni lah. The worst case it also can lead to skin cancer uolls.
PENTINGNYA SPF?
Jadi oleh itu, SPF amat penting dalam menghalang sinaran matahari ni sampai ke kulit kita. jadi apa itu SPF?, so SPF adalah SUN PROTECTING FACTOR yang menapis sinaran UV.
Jadi boleh lihat rajah ni untuk tahu jenis kulit kita sesuai dengan SPF yang macam mana dan juga tempoh masa untuk kita berada di luar rumah. Tambahan, Malaysia ni memang panas jadi penggunaan sunscreen ni amat lah penting uoll kalau tidak kita umur 25 nanti nampak macam 45 uollll. Better pakai untuk kekal nampak muda jelita cewahh.
Jadi sunscreen yang ioll guna ialah Senka Perfect UV Gel daripada Jepun. Harga dia lebih kurang RM40-50 depend kalau sale murah lah hehe dan ianya boleh je cari dekat watson or gurdian. I beli dekat situ je senang nak dapat. I suka jenama ni sebab first dia gel/watery tau mean cepat absord dekat muka. Dia bukan jenis cream yang oily. So bila pakai rasa macam tak pakai apa-apa sebab sangat ringan dan cepat meresap gituuu.
Comments
Post a Comment