Pengalaman yang membuka mata sebagai 'cleaner' sekolah ! (Pengalaman bekerja sebagai 'Cleaner')
Hai guys hari ni ai nak share pengalaman ai sebagai seorang pak cik cleaner di sebuah sekolah rendah cina di Kuantan. Ni sebab ramai yang request sebab depa tau i pernah jadi cleaner dulu so ok lah i share lah yerrr..
Actually semua bermula sebelum dan juga selepas ai habis buat my Ijazah Sarjana Muda di UKM. So basicly lepas tamat belajar i was clueless dan tak tau nak buat apa, sebab perancangan nak sambung belajar. Jadinya, kebetulan kawan kepada my mom merupakan kontrakter kebersihan dekat sebuah sekolah rendah cina ni and time tu dia nak pakai orang, so i pon dari tak da nak buat apa-apa i volunteer lah gitu.
So bermulahlah era i sebagai cleaner sekolah uollss mampu, time ni ada degree tau tapi memilih kerjaya cleaner gtuu and suprisingly i suka tau sbb environment kerja dia best. Kerja dengan mak cik2 cleaner ni best sebab slalu di pamper macam anak depa.. rasa disayagi ha gituuu..
SKOP KERJA
So dekat sekolah ni setiap seorang ke dua orang cleaner akan menjaga setiap blok akademik. Jadi rutin setiap pagi iolll akan bersihkan tandas, bersihkan rumput-rumput, daun kering macam tu, bersihkan longkang jua ok, sapu lantai semualah dari aras bawah sampai ke aras atas.Tapi ioll mencik tau kalau ada budak muntah ke dalam class weollss kene bersihkan geram hehehe, tapi kerja kan buat sajorrrr..
Then time budak-budak cuti sekolah best sikit sebab xda orang, nak buat kerja pun senang. Time cuti sekolah weolss kena bersihkan classroom, cuci kipas, tingkap dan sebagainya lah.. Selain tu, kalau ada event3 yang sekolah buat weolls jua lah yang kene vacumm bilik/auditorium, angkat kerusi dan sebagainya. Penat jua tau. tapi i suka tolong mak cik2 ni kesian depa kena angkat berat2 kan..Lagi satu i dapat belajar cara cikgu-cikgu tu mengajar sbb i suka juga nak jadi tenaga pengajar walaupun sendu haha.
APA YANG BEST?
Banyak yang best, sebab kerja ni tak payah bawak balik rumah, habis waktu kerja then habis la kerjanya. hehe selain tu sebab kau muda remaja time tu, kau pulak comel ehhhh hahha so mak cik cleaner selalu pamper kau macam anak dia. lagi yang best time rehat ioll dapat dengar kisah mereka-mereka ni yang kebanyakan orang susah dan sebagainya. benda-benda macam ni buat kita relfect siapa diri kita dan buat kita rasa bersyukur tau. I juga belajar yang working as a cleaner is very noble job dan tanpa diorang ni mmg kotor la tmpt2 ni semua. So please respect tau. Plus, bila kerja sebagai cleaner ni u akan nampak macam-macam manusia dan hieraki dalam pekerjaan dan pandangan manusia ke atas u as a cleaner. Please lah.
*Now i tgh buat PhD dan rasa lepas habis ni macam nak je kerja cleaner balik, ada ke nak amik i, i ada pengalaman cleaner dah. apa yang paling rindu masa tima rehat tu lah, bila semua mak cik2 cleaner berkumpul dan makan bekalan masing-masing. it was fun, dan i doakan semua mak cik2 tu kekal sihat dan senantiasa dalam lindungan yang maha esa. Amin. XOXO.
Wehhh bestnyaa. Hahahaha nmpk mck seronok ye. I baru habis degree ingat saje nk try jadi cleaner hospital. Baca ni lagi excited nk try 🤣
ReplyDelete