Skip to main content

PELAKON MALAYSIA BERLAKON DALAM FILEM TRAIN TO BUSAN PENINSULA (MOVIE REVIEW)

 



Pengarah : Yeon Sang Ho
Diterbitkan : Lee Dong Ha
Penulis : Park Joo Suk / Yeon Sang Ho
Terbit : 15 Julai 2020 (Korea Selatan)

Ok guys, so hari ni ioll akan review sebuah filem pecah panggung iaitu 'Train To Busan Presents Peninsula', yang buatkan ioll lagi nak tengok filem ni adalah sebab ada pelakon Malaysia uoll dalam ni memang meletopsss.

SINOPSIS

Bagi yang sudah menonton Train To Busan pertama pasti menantikan sambungan kepada filem hebat ni. Jadi pada tahun 2020 sekual kepada filem ini telah dikeluarkan di pagawam pada Julai dan mendapat kutipan lebih 60 Juta USD seluruh dunia. Pada dasarnya filem ini adalah pasca apocalypse (4 tahun kemudian) kepada kejadian virus zombie yang melanda dan menyerang Korea Selatan. Sememangnya Korea pada ketika ini sudah tidak berpenghuni dan hanya dipenuhi dengan ribuan zombie yang mencari mangsa. 

Seterusnya, watak utama kepada filem ini iaitu, Jung Seok yang tinggal di Hong Kong pada ketika itu telah mendapat satu misi rahsia untuk mengambil barang yang berada di dalam sebuah Trak di Incheon, Korea. Misi berbahaya ini juga disertai oleh pasukannya untuk mengambil barang tersebut dan dibawa pulang ke Hong Kong. Namun apabila tiba di Korea, pasukan mereka bertembung dengan kumpulan manusia terselamat yang membuat perkampungan di situ (Unit 631). Malangnya, disebabkan beberapa insiden lampau membuatkan unit 631 ini berubah menjadi manusia predator dan memburu pasukan Jung Seok.

Jadi jika nak tahu apa yang berlaku dan bagaimana mereka menyelamatkan diri bukan sahaja daripada zombie malah unit 631 ini, so korang harus tonton okey. Memang tidak merugikan.

ULASAN.

bagi ioll, filem ni walaupun berbeza dengan filem pertamanya namun tetap mantap. Lakonan dan juga jalan cerita amat menarik ditambah dengan adegan yang sarat dengan aksi. Zombie-zombie dia pulak memang ganas dan menyeramkan uollsss.. Lagi satu CGI dia memang letop dan worth to watch lah !. Kalau siapa yang dah tonton mesti suka lakonan dua orang budak kecil dalam filem ini. For me lakonan budak-budak ni sangat hidup dan wow, memang pelengkap kepada filem ni. 

Selain itu apa yang bestnya juga disebabkan ada pelakon Malaysia ada dalam ni uollss iaitu BELLA RAHIM yang memegang watak sebagai Major Jane dalam filem ni. Pada mulanya ioll rasa yang watak cameo dipegang Bella ni hanyalah split second kejap, rupanya wow lama juga tau adegan yang memaparkan Major Jane ni, dan kalau uoll tengok teliti dari awal memang banyak kali nama Major Jane ni disebut oleh para pelakon dalam filem ni. So apa-apa pon ioll bagi 8/10. 

PELAKON

Gang Dong Won - Jung Seok
Lee Jung Hyun - Min Jung
Lee Ra - Joon
Kwon Hae Hyo - Kim
Kim Min Jae -Sarjan Hwang
Koo Kyo Hwan - Kapten Seo
Kim Do Yoon - Chul Min
Lee Ye Won - Yu Jin
Bella Rahim - Major Jane
Moon Woo Jin - Dong Hwan

XOXO.













Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : RAWATAN LASER MUKA (CARBON LASER PEEL TREATMENT)

Assalam, hai chuollll, ha lama juge x update blog sebabkan banyak keje huhu. so korang macam mana life? ok x? sihat ? harap semua baik-baik belaka ok. so actually today im gonna story and share pengalaman iolll pergi melaser muka iolll ni disebabkan ada parut dan masalah pigmentasi dekat muka. So iolll pon pergilah servey klinik estetik area rumah i, so servey punye servey jumpa lah Medispa Estetika. actually Medispa Estetika ni byk je cawangan dia satu Malaysia so uoll bole la pergi google and search. But for me di Medispa ni rating harga dia paling affordable la and also  rawatan yg diberi pon so best, staff all friendly tau !!! Ok sambung cerita, i ni actually masalah jerawat xda la teruk cuma scar tu susa beno nk hilang, macam2 ubat dah telan and sapu kat muka tapi idop juga berkesan, so i feel x konfiden tau bila nk jmpe org etc. So for me i rasa rawatan carbon peel ni bersesuaian juga dengan i sebab i pon ada masalah pore besar dan tona kulit x sekata. TIME RAWATAN

REVIEW : RAWATAN MUKA DERMAPEN

Contoh Rawatan Dermapen Hai uolsss ok, hari ni iolss nk share la sikit tentang rawatan muka yg iolss buat tempoh hari yg diberi nama Dermapen gittew... dengar nama pon dah ngilu dik oi tibahh....ok disebabkan muka ioll ni ada byk kesan parut jerawat and dah lama x buat treatment muka so ioll pon g je la buat apoitment dekat klinik estetik and amik rawatan dermapen ni. So actually dermapen ni dia mcm sebentuk pen eletronik yang ada byk jarum2 halus and rollling di sekitar muka uolsss...tujuan dia nk lukakan muka uoll supaya collagen bergerak dengan membaiki struktur kulit yang rosak and boom kulit baru yg lebih sihat pon muncul gituuusss. So antara lain kebaikan dermapen ni ialah : -MENGHILANGKAN PARUT BERLUBANG -MENGURANGKAN JERAGAT DAN KEDUTAN -MENGHASILKAN SEL KULIT BARU -MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT MUDA -MENGHALUSKAN LIANG ROMA KASAR DAN TERBUKA -MENGHASILKAN KOLAGEN KULIT -MEMBUANG SEL KULIT MATI -MELANCARKAN PEREDARAN DARAH DALAM KULIT -MENCERAHKAN KULIT

PENGALAMAN INTERVIEW KERAJAAN 2020 (SPA)

Hi, uols kita bersua lagi, so hari ni i nak share pengalaman i temuduga penjawat awam pulak buat julung kalinya, iyeee first time tau kita dapat temuduga kerajaan ni, tapi untuk jawatan apa, jawatan PEGAWAI PENERANGAN S41, di Jabatan Penerangan Malaysia. Jabatan Penerangan ni actually di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia so secara amnya banyak lebih kepada menjadi lidah kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam. Gituu dah buat research sikit. PROSES PEMILIHAN Okey i rasa semua dah tahu first step dia selepas apply dalam SPA ialah akan ada panggilan untuk jawab exam online. So exam online ni ada 3 bahagian or seksyen, pertama adalah seksyen A di mana kita akan diuji dengan pengetahuan am so kena banyak lah baca perkara-perkara related dengan pegawai penerangan ni dari A-Z, kena study la seminggu awal gituuu, so lepas seksyen A akan ada seksyen B yang mana kita akan diuji pula dengan daya menyelesaikan masalah, so ni soalan matematik kau, i dah la sendu matematik,