Skip to main content

SUBMIT TESIS PHD UNTUK VIVA !




Hi uolss, sorry lah i buzy menyiapkan penulisan tesis Phd i ni, aigoo so stress dan menyerabutkan otak selagi x siap tulis so i decided untuk betol2 fokus dan tak bukak any sosial media. Finally alhamdulillah dah pon selamat hantaq tesis untuk pemeriksaan uolll..doakan semoga viva nanti dipermudahkanlah. Amin.

PROSES

So, nak hantaq tesis Phd ni is a really tiring and long process tau, dia tak sama macam peringkat degree n master just bila SV kata ok dan bole submit. PHD tak macam tu ye....

First up u kene ambil borang submit asbract. Borang ni kene hantar ke pejabat 3 bulan sebelum u submit full tesis. Meaning kalau u dah rasa u boleh siapkan tesis tu dalam masa 3 bulan dari sekarang dah boleh ambil dan submit borang submit abstrak. Kenapa kena 3 bulan awal? sebab amat leceh dan rumit ye proses saringan abstrak tu... First akan dinilai SV pass ke tidak, bila dah pass akan hantaq untuk meeting jabatan. So jabatan akan bagi komen untuk kita edit and sampai okey..Bila dah okey baru boleh hantar ke pejabat siswazah fakuti untuk meeting peringkat fakulti.. akan ada pakar bahasa yang akan semak. Bila semua stage ni dah lulus baru la boleh hantaq tesis...tapi ni baru untuk abstrak je ye dah hazabbb...

Macam i proses i ambil masa 4 bulan... So better uolll awal sem la senang terus hantar borang tu....ok bila dah settle part abstrak tu....you kene hantar full tesis dalam sofware turnitin untuk cek plagiat uolllsss...i nebesss part ni...tesis uoll kene bawah 30% baru boleh hantaq untuk submission. Kalau lebih 30% matilanakkk kene revised balikkkkk.....and ada pensyarah or staff cakap kita tak boleh buat turnitin tu sendiri dulu, sebab nanti bila pihak fakulti masukkan n running akan bertindan as data kita dah ada dalam sofware dan result akan jadi lebih 30%....so bila dah lebih tu nazak la kene revised balik walhal tu mmg tesis kita jua kan bukan plagiat pon...tapi bagi mengelakkan banyak hal itu ini better tak payah gedik nak buat sendiri dulu...you redha jelah time fakulti running turnitin tu.. i sure kalau you tulis sendiri mesti akan less than that.

So bila dah settle tu semua, kene isi borang submit tesis pulak youu stresss....yang tadi awal tu borang submit asbtrak....ni borang submit tesis pulak....i dah lah duk kampung tak boleh nak merentas negeri pergi universiti so memang hazab semua buat online call sana sini. Disaster sgt rasa time tu.. Borang yang ni kene ada sign semua SV, sign penyelaras, Phd, sign dekan semua lah nak kene sign ayoooo...masa dah la limited.. so nak dapat semua sign-sign ni pon pening tau....

Then bila da siap semua tu, kene print pulakkk,,,i tanya pusat siswazah kata just bagi soft copy je time skg pandemic ni, tapi fakulti tetap nak juga i print,, so print lah 4 copy, dengan result turnitin, dan salinan artikel jurnal syarat wajib graduate tu untuk rujukan fakulti. Dah siap tu i kene post pulakkk ayooo....so i post guna J&T, first time guna yang penting murah ye dan sangat laju,, i post hari ni esok terus sampai...so letoppppppp.....

So bila all copy dah ada dekat fakulti untuk diberi dekat examiner, barulah boleh kita daftar dalam sistem. So bila daftar status kita akan ditukar kepada sedang menunggu viva macam tu lah. So bila dalam status ni you jimat dah x payah bayar yuran dah....so 2 years writting tesis tamat lah dan bole tunggu dan berdoa untuk viva pulak lepas tu...Viva pon online jua rasanya kena tunggu antara 1-6 bulan depends dengan pemeriksa lah... Wish me luck guys... apa-apa nak tanya silakan komen yaaa... XOXO

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : RAWATAN LASER MUKA (CARBON LASER PEEL TREATMENT)

Assalam, hai chuollll, ha lama juge x update blog sebabkan banyak keje huhu. so korang macam mana life? ok x? sihat ? harap semua baik-baik belaka ok. so actually today im gonna story and share pengalaman iolll pergi melaser muka iolll ni disebabkan ada parut dan masalah pigmentasi dekat muka. So iolll pon pergilah servey klinik estetik area rumah i, so servey punye servey jumpa lah Medispa Estetika. actually Medispa Estetika ni byk je cawangan dia satu Malaysia so uoll bole la pergi google and search. But for me di Medispa ni rating harga dia paling affordable la and also  rawatan yg diberi pon so best, staff all friendly tau !!! Ok sambung cerita, i ni actually masalah jerawat xda la teruk cuma scar tu susa beno nk hilang, macam2 ubat dah telan and sapu kat muka tapi idop juga berkesan, so i feel x konfiden tau bila nk jmpe org etc. So for me i rasa rawatan carbon peel ni bersesuaian juga dengan i sebab i pon ada masalah pore besar dan tona kulit x sekata. TIME RAWATAN

REVIEW : RAWATAN MUKA DERMAPEN

Contoh Rawatan Dermapen Hai uolsss ok, hari ni iolss nk share la sikit tentang rawatan muka yg iolss buat tempoh hari yg diberi nama Dermapen gittew... dengar nama pon dah ngilu dik oi tibahh....ok disebabkan muka ioll ni ada byk kesan parut jerawat and dah lama x buat treatment muka so ioll pon g je la buat apoitment dekat klinik estetik and amik rawatan dermapen ni. So actually dermapen ni dia mcm sebentuk pen eletronik yang ada byk jarum2 halus and rollling di sekitar muka uolsss...tujuan dia nk lukakan muka uoll supaya collagen bergerak dengan membaiki struktur kulit yang rosak and boom kulit baru yg lebih sihat pon muncul gituuusss. So antara lain kebaikan dermapen ni ialah : -MENGHILANGKAN PARUT BERLUBANG -MENGURANGKAN JERAGAT DAN KEDUTAN -MENGHASILKAN SEL KULIT BARU -MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT MUDA -MENGHALUSKAN LIANG ROMA KASAR DAN TERBUKA -MENGHASILKAN KOLAGEN KULIT -MEMBUANG SEL KULIT MATI -MELANCARKAN PEREDARAN DARAH DALAM KULIT -MENCERAHKAN KULIT

PENGALAMAN INTERVIEW KERAJAAN 2020 (SPA)

Hi, uols kita bersua lagi, so hari ni i nak share pengalaman i temuduga penjawat awam pulak buat julung kalinya, iyeee first time tau kita dapat temuduga kerajaan ni, tapi untuk jawatan apa, jawatan PEGAWAI PENERANGAN S41, di Jabatan Penerangan Malaysia. Jabatan Penerangan ni actually di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia so secara amnya banyak lebih kepada menjadi lidah kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam. Gituu dah buat research sikit. PROSES PEMILIHAN Okey i rasa semua dah tahu first step dia selepas apply dalam SPA ialah akan ada panggilan untuk jawab exam online. So exam online ni ada 3 bahagian or seksyen, pertama adalah seksyen A di mana kita akan diuji dengan pengetahuan am so kena banyak lah baca perkara-perkara related dengan pegawai penerangan ni dari A-Z, kena study la seminggu awal gituuu, so lepas seksyen A akan ada seksyen B yang mana kita akan diuji pula dengan daya menyelesaikan masalah, so ni soalan matematik kau, i dah la sendu matematik,