Skip to main content

PENGALAMAN DAN SOALAN SEMASA TEMUDUGA PEGAWAI KERAJAAN (SPA)


Bahagian 1 ----> TEMUDUGA KERAJAAN BAHAGIAN 1

Ok, sekarang I kongsikan bahagian dua apabila lepas dah buat pendaftaran all, so seperti biasa lah lepas buat pendaftaran tu kita akan duduk di ruangan yang disediakan sementara menunggu nombor giliran dipanggil, ala-ala macam dekat hospital gituu. Nombor giliran I yang kedua so nebes jua la. I datang awalkan so dapat la nombor awal tapi tetap jua kene menunggu gituu. Penjarakan sosial memang betul dijaga ye macam dalam gambar tu dan kalau lihat kosong lagi sebab baru 7.30 time ni ada dua orang je baru, nampak tak begitu punctualnye i cehhh hahahha.


Lebih kurang 20 minit macam tu, nombor I pun dipanggil, so I pun keluarkan tesis I dari dalam beg untuk di bawa masuk ke dalam bilik temuduga tu sambil nak show off takutkan candidates lain ehh gurau haha. So nak masuk tu macam biasalah ketuk bilik dua kali bagi salam dan bukak. Then akan ada sebuah kerusi dan meja di hadapan anda, sebelum pergi ke kerusi tu, hantar dulu resume, sijil dan juga tesis kepada penemuduga, ada dua penemuduga seorang adalah daripada SPA dan seorang lagi daripada Jabatan Penerangan. Dua-dua lelaki okey, nebesss ceqqq.

Lepas bagi tu i pun catwalk ehh haha kembali semula ke kerusi tersebut dan tunggu sampai suruh duduk baru duduk okey. Dah duduk tu penemuduga suruh perkenalkan diri, so I pun kenalkan diri la dari A sampai Z. Oh temuduga ni dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Tapi depends juga kadang ada jua penemuduga nak kita cakap English so better prepare ye anak-anak. Lepas pam pum pam pum kenalkan diri penemuduga macam interested uoll dengan tesis i.. haaa see nasib I bawak…so dia suruh explain pulak pasal tesis ni, kenapa buat kajian ni dan sebagainya.

Tesis ialah satu kajian yang kita dah buat kan, semestinya kita dah tahu semua pasal tesis ni, so I pun pum pam pum pam la cerita. Lepas tu dia minta pandangan lah apa lah, so uoll goreng sajoorr pasal tesis uollss kan. Lama jua tau cerita pasal tesis ni je. Lepas tu mungkin depa rasa ehh da lama je borak pasal tesis so penemuduga pun kata okey kita get back soalan temuduga. Okeyy I dah nebess takut laa soalan kan kalau tak baca ke. So berikut adalah soalah yang I kene jawab !!

1. Kenalkan diri

2. Terangkan pasal tesis+pandangan+kenapa+harapan

3. Adakah follow penerangan punya sosial media? Apa yang ada dalam sosial media penerangan?              Teras penerangan.

4. Job Scope penerangan apa? Apa yang anda tahu pasal penerangan? KSU? Pengarah? Unit?

5. Isu semasa (Covid-19, PRN Sabah, Isu Internet di Sabah, cadangan penambahbaikan)

 6. Situasi (Masalah kekeliruan dan fake news? How to handle? )

7. Cara literate people sekarang how? Teknologi?

8. Pandangan mengenai keadaan sekarang?

9. Merdeka for your opinion?

Okey, ni je antara soalan yang I kena hadap (kawan I ada dia tanya law juga nasib I x kena), so overall memang pum pam je la I jawab. Lepas tu panel tu cakap awak ni macam pensyarah lah, saya rasa awak sesuai untuk jadi pensyarah daripada pegawai penerangan ni. Better awak mohon untuk jadi pensyarah sebab you have potential, I boleh Nampak u as a lecturer rather than pegawai penerangan ni.

Laaaaahhh, boleh pulak I sesuai pensyarah haha, so Nampak lah dekat situ yang byeee kecundang jua walaupun I rasa semua soalan tu I boleh je jawab walaupun tak ada lah okey sangat, tapi at least semua soalan dia I tahu dan ada jawapannya gituuuu. So lepas tu dah siap as usual lah cakap terima kasih walaupun kehampaan di situ. Then amik segala sijil daripada meja dan catwalk keluarlah dari bilik tersebut. So berakhirlah sesi temuduga kerajaan gred S41 buat pertama kalinya dalam sejarah sebab nak dapat interview susah betul. Sekian harap dapat membantu uoll mana yang nak temuduga tu. Terima kasih membaca kalau ada komen silakan komen di bawah nanti iolll balas naaaaa. Byeeeee. XOXO.

kalau uolls nak tengok susun sijil, surat panggilan temuduga, preparation semuanyalah untuk temuduga kerajaan ni boleh baca ni ----->PENGALAMAN TEMUDUGA KERAJAAN

Comments

  1. Salam thanks for the sharing. Macam mana? Dapat ke jawatan tu?

    ReplyDelete
  2. tq sharing.. at least ada idea gak camme rupanya IV musim pkp ni.

    ReplyDelete
  3. Mmng soalan dia mmng fixed ke mcm ni ke utk semua lapisan umur? Dia tkda soalan yg berlain aras utk budak lepasan spm and orng yg 20+ ke atas?

    ReplyDelete
  4. sis, kalau yang dah lebih 7 tahun grad, dia nak tgk tesis juga ke? tesis saya dah tak print hardcover extra, softcopy pun dah corrupt

    ReplyDelete
  5. Hai saya telah bekerja sebagai Pegawai Ehwal Ekonomi(E41) pada thun 2022, di sini saya ingin membuat perkongsian temuduga saya ketika memohon jawatan ini, Saya temuduga secara online, terdapat 15 orang calon, kami dibahagikan kepada 3 group. Utk soalan temuduga pertama yang saya peroleh ialah perkenalkan diri dlm 10 minit, then public speaking 20 minit, and lastly my opinion on ekonomi Malaysia.Alhamdulilah tempoh result keluar 2bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau calon simpanan no 79 dari 90, harapan untuk dpt jwtn tuh tggi ke?

      Delete
    2. Assalamualaikum tuan, saya baru juga dapat temuduga pegawai ehwal ekonomi pada 2 oktober ni di lkim. Boleh saya dapatkan nombor tuan untuk tuan kongsikan serba sedikit untuk sesi temuduga nanti. Terima kasih ya tuan

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : RAWATAN LASER MUKA (CARBON LASER PEEL TREATMENT)

Assalam, hai chuollll, ha lama juge x update blog sebabkan banyak keje huhu. so korang macam mana life? ok x? sihat ? harap semua baik-baik belaka ok. so actually today im gonna story and share pengalaman iolll pergi melaser muka iolll ni disebabkan ada parut dan masalah pigmentasi dekat muka. So iolll pon pergilah servey klinik estetik area rumah i, so servey punye servey jumpa lah Medispa Estetika. actually Medispa Estetika ni byk je cawangan dia satu Malaysia so uoll bole la pergi google and search. But for me di Medispa ni rating harga dia paling affordable la and also  rawatan yg diberi pon so best, staff all friendly tau !!! Ok sambung cerita, i ni actually masalah jerawat xda la teruk cuma scar tu susa beno nk hilang, macam2 ubat dah telan and sapu kat muka tapi idop juga berkesan, so i feel x konfiden tau bila nk jmpe org etc. So for me i rasa rawatan carbon peel ni bersesuaian juga dengan i sebab i pon ada masalah pore besar dan tona kulit x sekata. TIME RAWATAN

REVIEW : RAWATAN MUKA DERMAPEN

Contoh Rawatan Dermapen Hai uolsss ok, hari ni iolss nk share la sikit tentang rawatan muka yg iolss buat tempoh hari yg diberi nama Dermapen gittew... dengar nama pon dah ngilu dik oi tibahh....ok disebabkan muka ioll ni ada byk kesan parut jerawat and dah lama x buat treatment muka so ioll pon g je la buat apoitment dekat klinik estetik and amik rawatan dermapen ni. So actually dermapen ni dia mcm sebentuk pen eletronik yang ada byk jarum2 halus and rollling di sekitar muka uolsss...tujuan dia nk lukakan muka uoll supaya collagen bergerak dengan membaiki struktur kulit yang rosak and boom kulit baru yg lebih sihat pon muncul gituuusss. So antara lain kebaikan dermapen ni ialah : -MENGHILANGKAN PARUT BERLUBANG -MENGURANGKAN JERAGAT DAN KEDUTAN -MENGHASILKAN SEL KULIT BARU -MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT MUDA -MENGHALUSKAN LIANG ROMA KASAR DAN TERBUKA -MENGHASILKAN KOLAGEN KULIT -MEMBUANG SEL KULIT MATI -MELANCARKAN PEREDARAN DARAH DALAM KULIT -MENCERAHKAN KULIT

PENGALAMAN INTERVIEW KERAJAAN 2020 (SPA)

Hi, uols kita bersua lagi, so hari ni i nak share pengalaman i temuduga penjawat awam pulak buat julung kalinya, iyeee first time tau kita dapat temuduga kerajaan ni, tapi untuk jawatan apa, jawatan PEGAWAI PENERANGAN S41, di Jabatan Penerangan Malaysia. Jabatan Penerangan ni actually di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia so secara amnya banyak lebih kepada menjadi lidah kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam. Gituu dah buat research sikit. PROSES PEMILIHAN Okey i rasa semua dah tahu first step dia selepas apply dalam SPA ialah akan ada panggilan untuk jawab exam online. So exam online ni ada 3 bahagian or seksyen, pertama adalah seksyen A di mana kita akan diuji dengan pengetahuan am so kena banyak lah baca perkara-perkara related dengan pegawai penerangan ni dari A-Z, kena study la seminggu awal gituuu, so lepas seksyen A akan ada seksyen B yang mana kita akan diuji pula dengan daya menyelesaikan masalah, so ni soalan matematik kau, i dah la sendu matematik,